"Bahagia itu dicari-cari. Apa yang dibuat biarlah pasti, agar tenang hati memiliki"

Ada yang bertanya, "Saya mahu bahagia. Tolong tunjukkan saya cara yang mudah, senang dilakukan, lengkap dan sesuai dengan syarak. Saya mahu bahagia di dunia dan juga akhirat."

Ustazah kata, "Mudah sahaja. Kalau mahu cipta syurga di dunia, dan raih syurga di akhirat, ikut perintah Allah SWT dan Rasul-Nya."

“Nampak macam susah sahaja?”

“Tidak susah!”

“Mahu yang mudah, lengkap, praktikal dan mengikut syarak, betul?”

Ebook ini boleh menjadi langkah pertama anda.

Daftar maklumat anda dan dapatkan ebook ini secara percuma.

Maaf, tempoh untuk muat turun ebook percuma ini sudah ditutup.

150 tip mudah & praktikal

Mudah faham, praktikal dilakukan

Bersumber 30 hadith sahih

Dilengkapi maklumat sumber lengkap mengikut piawaian KDN

Gabungan 30 bab yang komprehensif

Siri bestseller di penerbit terkenal, PTS Media Group Sdn. Bhd.

Kenapa Perlu Download Ebook Ini?

Straight To The Point

Hari ini, semua orang sibuk dengan urusan masing-masing. Justeru, membaca dalam situasi sibuk seperti sekarang bukan satu perkara yang mudah. Lalu bagaimana kita dapat mencari bahan yang tidak meleret dan straight to the point. Bahan bacaan yang memudahkan pembaca untuk faham dan laksanakan. Semudah 1,2,3,4 dan 5. Buku ini adalah jawapannya. Satu bab, 2 halaman, 1 rujukan dalil, 1 penerangan dan diikuti 5 tip praktikal untuk dilaksanakan.

Rujukan dan Sumber Yang Sahih

Pada zaman lambakan maklumat hari ini, sudah tentu sukar untuk kita menyaring mana maklumat yang betul dan mana yang salah. Dalam konteks agama, maklumat yang dirujuk perlu dari sumber yang sahih dan rujukan-rujukan yang tepat, dari al-Quran dan hadith-hadith sahih. Buku ini menggunakan rujukan al-Quran dan hadis sahih dengan dinyatakan penyataan sumber rujukan yang lengkap.

Percuma Sehingga 9 Malam, 16 November 2019

Tidak ada yang lebih menarik selain daripada barang yang kita peroleh secara percuma. Apatah lagi apabila barang yang kita peroleh itu berkualiti tinggi. Ustazah membaca buku dalam siri “Gaya Rasulullah” terbitan PTS Media Group yang dijual dan bestseller. Kandungannya bagus dan alangkah bagusnya jika lebih ramai orang mendapat manfaat. Ustazah berbincang dengan penerbit dan meminta mereka memberi kebenaran supaya ustazah boleh berkongsi bahan ini kepada semua. Mereka setuju. Ustazah pilih 5 bab dari setiap buku. 6 buku kesemuanya. Dan inilah dia bukunya. Percuma, tetapi hanya bagi tempoh terhad.

Kembali ke Atas

150 Tip Tindakan Harian, Kecil-Kecil Menjadi

25 Tip Menjadi Isteri Solehah

25 tip praktikal bagaimana menjadi isteri solehah yang diredhai oleh suami mengikut panduan Islam dan acuan gaya Rasulullah. Isteri solehah adalah perhiasan paling berharga di dunia. Dengan mempraktikkan tip-tip ini, akan dapat membantu seorang isteri untuk lebih mudah masuk syurga.

25 Tip Menjadi Pemimpin Gaya Rasulullah

25 tip praktikal bagaimana memimpin diri untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Pimpin hati terlebih dahulu sebelum memimpin orang lain. Jikalau baik hati, baiklah juga tingkah lakunya. Jikalau buruk hati, buruk juga tingkah lakunya. Hati yang bersih akan membawa seseorang itu ke syurga, menjadi dambaan penghuni syurga.

25 Tip Berhibur Menurut Islam

25 tip praktikal bagaimana cara berhibur yang benar menurut Islam. Hiburan ada batasnya yang perlu diambil berat. Jikalau batas hiburan yang digariskan oleh Islam dilanggar, maka sesuatu hiburan itu boleh mengundang pelbagai keburukan lantas perkara itu membawa kepada haramnya hiburan itu. Jadi, pilihlah hiburan yang mengikut batas syarak kerana ia memandu ke syurga.

25 Tip Bijak Komunikasi Mengikut Sunnah

25 tip praktikal yang memberi kita pendedahan tentang cara berkomunikasi yang baik menurut Rasulullah. Ia dapat membantu dalam memperbetulkan gaya komunikasi dalam kehidupan seharian supaya tidak terjerumus ke lembah dosa kerana mulut yang petah berbicara. Komunikasi yang baik memberi kesan yang baik kepada pendengar. Seterusnya membuatkan Allah sayang!

25 Tip Mudah dan Rajin Solat

25 tip praktikal tentang bagaimana mudah untuk melaksanakan solat, dan rajin solat mengikut saranan Rasulullah SAW. Bolehkah wanita menggendong anak kecil dalam solat? Ini antara permasalahan yang sering dihadapi oleh kaum wanita sehingga mereka tidak menunaikan solat. Sedangkan solat itu adalah tiang untuk ke syurga.

25 Tip Sihat Akal, Tubuh & Iman Gaya Rasulullah

25 tip praktikal untuk menjadi seorang yang sihat akal, tubuh, dan iman. Tiga elemen ini perlu seimbang bagi membentuk peribadi dan sahsiah yang berakhlak mulia. Akhlak melambangkan peribadi seseorang sama ada akhlak yang baik ataupun buruk. Akhlak yang baik akan membawa seorang ke syurga.

Kembali ke Atas

36 tahun yang lepas ustazah lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai Nasi Ayam Bt 6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk ustazah.

Pengajian ustazah bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Universiti Al-Azhar Mesir, dan Open Univercity Malaysia (OUM). Doakan rezeki ustazah ke Ph.D. Insya Allah.

Pengalaman bekerja di JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bermula 2008. Sebagai Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan Penolong Pengarah Bahagian Halal. Ustazah meletakkan jawatan pada tahun 2017.

Ketika umur ustazah 22 tahun, saatnya Allah temukan ustazah dengan seorang lelaki, suami, dan ayah yang sangat baik. Tengku Fazli bin Tengku Yahya, orang Kuala Besut, Terengganu. Selalu beliau dipanggil ustaz sebab isterinya ustazah. Beliau seorang pensyarah dalam bidang chemical engineering. Alhamdulillah, ustazah dan suami dikurniakan Allah 7 orang anak, iaitu Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah.❤️

Atas-atas kebaikan yang Allah beri kepada Ustazah melalui mereka, Ustazah pun mahu lakukan yang sama.

SubhanAllah, ustazah hanya orang biasa-biasa sahaja, yang diberi sedikit kemampuan dan amanah untuk menyampaikan, mohon doakan terus kuat untuk melangkah, mohon teguran apabila ustazah melakukan kesalahan.

Kembali ke Atas